Minggu, 12 Februari 2012

ღ `Sahabiah Zinnirah´ ღ


     Kesabaran seseorang muslim dalam mempertahankan aqidah Islam ketika menghadapi suasana penindasan yang hebat merupakan contoh kesabaran yang agung. Pegangan aqidah yang bertunjangkan tauhid kepada Allah menjadi harta yang tiada ternila bagi setiap muslim. Ia adalah cahaya yang menyinari hidup insan dan penyelamat dalam mengharungi sengsara kacau-balau pada hari pembalasan.

Perkembangan dakwah Rasulullah S.A.W pada peringkat awal banyak dibantu oleh kesabaran kaum muslimin dan muslimat dalam memepertahankan pegangan aqidah mereka. Sikap inilah yang membuahkan hasil yang amat berharga dalam sejarah perkembangan Islam hinggalah ke hari ini. Islam masih kekal dan terus mekar dalam jiwa setiap umat Islam.


Kisah seorang muslimah sejati bernama Zinnirah adalah antara contoh terunggul pengorbanan seorang muslimah demi mempertahankan aqidah yang telah meresap ke dalam lubuk hatinya. Beliau dipilih oleh Allah untuk menerima ujian yang cukup getir. Beliau menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W yaitu semasa baginda S.A.W berdakwah secara sembunyi-sembunyi di kalangan rakan karib baginda.


Dalam sejarah Islam, golongan yang pertama memeluk Islam inilah yang banyak menerima ujian dari Allah. Zinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa Roma. Beliau telah ditawan dan dijual di sebuah pasar di Mekah. Akhirnya beliau telah dibeli oleh Umar Al-Khattab untuk dijadikan hamba.

Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan seorang yang lemah, tetapi dari segi spiritualnya beliau mempunyai jiwa yang cukup kental dan tabah. Rasulullah S.A.W memulaikan dakwahnya secara sembunyi-sembunyi di kalangan orang-orang tertentu termasuk golongan bawahan. Antara yang menerima cahaya keimanan ini ialah Zinnirah. Beliau telah menerima dengan sepenuh hati.

Pada peringkat awal keislamannya, Zinnirah melakukan seruhan-seruhan islam secara sembunyi-sembunyi, karna takut diketahui tuannya, Umar Al-Khattab. Beliau sholat, dzikir, membaca Al-Quran, dan berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan keinsafan. Semuanya dilakukan secara berhati-hati.

Penderitaan Zinnirah ini bermula setelah tuannya Umar Al-Khattab mengetahui keislamannya. Umar telah dapat menghidupkan perubahan yang berlaku atas diri hamba sahayanya itu. Setelah diselidiki, nyatalah bahawa hambanya meniggalkan agama nenek moyang dan menerima ajaran tauhid yang dibawa Nabi Muhammad SAW.

Umar Al-Khattab cukup terkenal dengan sikap memusuhi Rasulullah dan agama Islam sebelum keislamannya. Beliau selalu mencerca Rasulullah S.A.W. Beliau mencabar sahabat-sahabat yang telah memeluk Islam dengan sikap berani dan tegasnya itu. Beliau sanggup menanam anaknya perempuannya hidup-hidup kerana malu dipandang masyarakat. Dengan sifat keberanian inilah yang telah mendorong Rasulullah S.A.W berdoa agar salah seorang daripada dua Umar di Mekah supaya memeluk Islam.

Zinnirah menjadi mangsa atas kebencian Umar Al-Khattab terhadap Islam dan kaum Muslimin. Umar selalu menyiksa dan mendera Zinnirah dengan harapan Zinnirah akan kembali kepada agama asalnya dan meninggalkan Islam. Berbagai siksaan dikenakan terhadap Zinnirah. Pukulan, hentakan, sepak terajang, dijemur di tengah-tengah panas yang terik adalah rutinitas kehidupan biasa Zinnirah. Semuanya dihadapi dengan tenang dan sabar, di samping hati dan jiwanya bergantung penuh kepada pertolongan Allah SWT.

Puncak penderitaan Zinnirah ialah ketika matanya ditusuk dengan besi panas. Beliau kehilangan kedua-dua matanya dan terpaksa mengarungi hidup dengan penuh kegelapan. Matanya buta, tetapi hati dan jiwanya penuh dengan cahaya keimanan. Hatinya berbisik lagi
“Tuhan, walaupun aku dibunuh sekalipun aku rela dari pada menjual agama -Mu ini. Tuhan, makin aku diuji makin terasa kehebatan,keagungan-Mu. Tuhan, hanya satu permintaanku berilah petunjuk kepada orang yg menyeksaku ini.”

Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam kesengsaraan azab dari tuannya.  

Ini untukmu yaa Allah. . aku mengarungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sungguh lah berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sadar untuk mendapat syurga. Aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh berbagai kesenangan.

Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah SWT ketika bermunajat kepada Allah di setiap malam sebagai penawar jiwa di atas segala kesusahan yang dia hadapi. Jiwanya semakin kukuh. Imannya semakin teguh.

Pengorbanan Zinnirah mendapat cercaan kaum musyrikin Mekah. Berbagai cacian dilemparkan kepadanya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana dilaknat oleh tuhan Latta dan Uzza. Mereka mencabarnya kerana Zinnirah mempertahankan diri dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, sebaliknya ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkan ianya berlaku.

Walaupun diuji dengan berbagai rupa, keyakinannya kepada Allah tidak berubah. Allah memberi karamah kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali dengan karamah Allah S.W.T. dia dapat menikmati semula keindahan ciptaan Allah SWT. Hatinya dengan penuh kesyukuran kepada Allah dan imannya semakin tinggi. Dengan taufiq hidayah Allah, Umar akhirnya memeluk Islam jua.

Hatinya dipimpin oleh Allah,setiap tutur katanya,perbuatannya bahkan tingkah lakunya adalah benar-benar terpimpin. Kemerdekaan jiwa inilah yang diperoleh oleh Zinnirah,wanita yang tidak terkenal di dunia tetapi terkenal di langit.


Karya: Srikandi islam

2 komentar:

Anonim mengatakan...

subhannallah......

“Ini untukmu yaa Allah. . aku mengarungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sungguh lah berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sadar untuk mendapat syurga. Aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh berbagai kesenangan.”

aLifah khanSa' Nabihah mengatakan...

yang demikian itu karna iman menjadi penyuluh dalam hidupnya ..
dan disana lah kita berkiblat .. ^^,

Posting Komentar

 

Blog Template by YummyLolly.com